Sunday 27 November 2011

Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-jalan Ke Syurga




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Saturday 26 November 2011

Cara-Cara Lelaki Menguji Wanita



Selamat pagi semua :) Pada hari ini Heart ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana seorang lelaki menguji wanita kesayangannya samaada LULUS ataupun GAGAL baginya. Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.


Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina. Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya. Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1) Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

  • Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

  • Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2) Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
  • Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.


  • Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3) Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
  • Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.


  • "Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?"

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4) Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

  • Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.


  • Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


Apa yang penting, kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain :) Jika kepercayaan dan kesetiaan itu tidak goyah maka perhubungan kamu akan sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan lancar. Ok lah sampai di sini sahaja post untuk hari ini. Lain hari saya akan buat post baru lagi. Bubye..



Tidak Semestinya Apa yang Kita Inginkan Akan Tercapai



Assalamualaikum semua. Ada yang dah tidur ke? Janganlah tidur dulu..meyh baca saya punya entry dulu. Baru kamu boleh tidur :D Tak tahu kenapa tetiba saya tergerak hati ingin publish entry yang macam ni. Mungkin saya terlalu memikirkan tentang hal-hal yang berlaku sekarang. Ada diantara kamu yang bersedih hati di sebabkan gagal untuk mencapai apa yang diiginkan. Kamu janganlah bersedih. Sebenarnya ada hikmah disebaliknya .

Kadangkala apa yang kita inginkan itu tidak akan tercapai kerana Allah sudah mengatur segala-galanya :) Dan kadangkala kala kita akan dapat apa yang kita tidak jangkakan selama kita hidup ini. Biasalah, kita hanyalah merancang dan Allah sahaja yang menentukan. Oleh itu, kita tidak perlu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang kerana tidak mungkin seseorang itu boleh memenuhi apa yang kita harapkan. 

Oleh kerana itulah, kita dikehendaki untuk menaruh harapan kepada Allah yang maha Esa kerana hanya Dialah yang boleh memenuhi segala apa yang kita harapkan. Tetapi, janganlah ada sikap saling salah menyalahi apatah lagi terhadap tuhanmu sendiri. Itu adalah perbuatan yang salah. Fikirlah, renungilah. Segala perkara yang berlaku sudah semestinya ada hikmah. Allah mengatur segala-galanya dan hanya Allah yang mengetahui segala apa yang berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, apa yang kita tidak dapat memiliki itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.


Cuba kita renungkan, dan fikir secara positive dengan apa yang berlaku dalam kehidupan diri kamu sendiri. Sebenarnya, semuanya sudah disusun rapi :) Cuma, sudah pastinya dalam kehidupan tidak semestinya semuanya indah. Pasti ada liku-likunya. Itulah dinamakan UJIAN. Ujian ini bukan sekadar suka-suka tetapi ujian ini adalah unutk mengetahui bagaimana tahap keimanan dan kekuatan kamu untuk menghadapi segala ujian yang diberikan oleh-Nya. 

Dan beringatlah, Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu melebihi dari kemampuan diri kamu sendiri. Jangan mengeluh malah kita haruslah bersyukur kerana Allah masih menyayangi diri kamu :) Allah ingin menyelamatkanmu dan Dia memilihmu supaya kamu menjadi orang yang lebih baik  dengan meminta ampun daripadaNya dan sentiasa dekat kepadaNya. Jika kamu bersedih, menangislah dihadapan Allah (solat), berdoa...dan mengadu kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang...InsyaAllah sudah pasti jiwa kamu akan tenang. Percayalah :)


Wednesday 23 November 2011

Tuto Blog : Cara buat Mister Linky's


Assalamualaikum korang. Hohohoi. Kamu sihat tak? Kalau tidak sihat macam biasa makan ubat k. Tak mahu tangguh tangguh tapi kalau antibody dah kuat, tak apa, its ok tak kisah macam saya :P Padahal malas nak makan ubat. Banyakkan minum air mineral memang sudah cukup kan? hehe

Ok lah tanpa membuang masa mari kita pergi ke tutorial hari ini iaitu tutorial membuat Mister Linky's. "Apa itu Mister Linky's?" Mister Linky's itu adalah satu gadget dengan meletakkan link blog anda pada gadget tersebut supaya tuan punya blog lebih mudah untuk jejak rakan rakan blogger yang lain. Cara buatnya amatlah mudah.


STEP 1
Pergi ke link ini dan automatik akan keluar main page ini > Klik register selepas perkataan login yang kat atas sekali tuh.


STEP 2
Isi apa yang patut kat nombor (1) tu > klik register (2)


STEP 3
Pergi kat e-mel korang > Ambil code yang dia beri. Korang mesti ada dapat code tu. Korang copy dan paste sahaja dekat dalam kotak 'Code' > dah siap klik confirm.


STEP 4
Kemudian automatik akan keluar page ini. Jika tiada klik sahaja pada 'main' untuk login > Isi id dan password kamu > 'login'



STEP 5
Mesti tertera 'Login completed'. Dah ada kan? Kemudian klik sahaja 'wizard'


STEP 6
Korang klik sahaja dengan mengikut anak panah merah yang bernombor termasuklah dengan apa yang saya bulatkan tu.


STEP 7
Dah siap? Haaa...okeyh. Korang mesti akan dapat satu code. Oleh itu, korang dikehendaki copy dan paste di  HTML/Javascript. Tak tahu macam mana nak pasang benda nie? Okeyh...jangan risau. Korang pergi kat link ini k. 


Okeyh lah sampai di sini sahaja tutorial hari ini. Diharap tutorial ini dapat mendapat korang. Jumpa lagi dilain post. Bubye.








Tuto Blog : Cara pasang Mister Linkey's di dalam Blog



Assalamualaikum semua? Sudah makan ke belum? Huuurk alhamdulillah kenyang. Rugi kalau tak makan tengahari. Lagi lagi makan asam pedas ikan keli. Ummmph! memang meleleh air liur sampai ke lantai. Sedap woo :D 

Dalam pada masa yang sama, ada diantara korang nie mesti ada banyak persoalan macam mana nak mencantikkan blog. Apatah lagi mengenai Mister Linky's. Macam mana lah nak selesaikannya..hmm dah jangan mengeluh k. Hari ini Heart mahu tunjukkan bagaimana caranya untuk meletakkan Mister Linky's di dalam blog. Tetapi sebelum itu, adakah kamu sudah dapat code nya? Jika belum, kamu pergi ke link ini untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan code tersebut :) Sudah ada? Ok..jom mula tutorial.



STEP 1
Dashboard > Design > Page Elements



STEP 2
Add Gadget > HTML/Javascript > Paste code yang korang dah dapat tuh > Save. Korang boleh saja letak dimana mana samaada di footer blog ataupun di atas blog. Asalkan cantik dan sesuai right? :)



STEP 3
Dah cantik? Apalagi, korang klik Preview > Save



Alamak?! Nampak besar dan banyak sangat kah? Tak perlu risau..Kamu boleyh sahaja buat scroll box pada Mister Linkey's nie supaya lebih kemas dan mudah dilihat. Nak tahu caranya? Klik sahaja pada link ini :) Baiklah korang. Semoga tutorial ini boleh membantu kamu. Selamat mencuba..

Tuto Blog : Membuat Scroll Box dalam Entry


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kamu semua apa khabar? Dah lama Heart tak buat post baru. Entah mood nak updated blog tu tetiba lesap mungkin disebabkan terlalu excited menyambut kemenangan pasukan Harimau Muda kita Malaysia kerana berjaya menempah pingat emas dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan Sea di Indonesia kelmarin. Memamg sangat sangat mengujakan dan tahniah untuk mereka :D Saya tumpang gembira selepas mendengar berita itu hehe. Malam ini mereka berlawan dengan Syria untuk layak ke peringkat olimpik. Semoga berjaya! :)

Ok lah korang. Macam biasa pada hari ini saya mahu buat satu tutorial iaitu tutorial scroll box di dalam entry. Mudah sahaja. Korang dikehendaki ikut semua step ini k :) Jom mulakan.

STEP 1
Dashboard > New post



STEP 2
Edit HTML (1) > Paste code kat entry > Tukar teks yang ada pada code itu (2)

Ini code nya. Sila copy dan paste yer :)
<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto;
border-width:1px;border-color:000000;border-style:solid;">
Teks anda di sini
</div>

Width dengan height tu kalau korang nak ubah pun boleh juga. Ikut kesesuaian k. 1px border tu adalah ketebalan border scroll box. Makin besar nilainya makin teballah scroll box korang. color:000000 adalah warna border. Nak tukar warna pun boleh. Ada kat siniTeks anda di sini tu korang ubah lah ayat apa yang korang nak.




Hah! Kan dah jadi :) Apalagi. Cubalah, Semoga berjaya ^^

Saturday 19 November 2011

Kisah Saya dan Awak


Assalamualaikum semua. Kamu semua apa khabar? Hari ini Heart sihat sahaja :) Maaflah sejak akhir-akhir ini Heart memang kurang buat tutorial Photoshop. Mungkin tak ada mood kot :P Mood pada hari ini adalah mengenai CINTA haha Tak tahulah sebab apa tetiba saya nak berkongsi cerita mengenai satu cerita ni. Memang sangat menarik dan sangat sangat sweet :) Nak tahu apa ceritanya? Mari kita baca dan hayati kisah ini..


Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.


Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja.

Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.... :)



Thursday 17 November 2011

Kisah Pengorbanan Sebatang Pokok Epal


 
CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA INI. 
    Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
    Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,"tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata,"Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
    Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
    Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
    Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

 

Sebenarnya, pokok epal yang digambarkan di dalam cerita itu dianalogikan sebagai kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. 

Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak-anak masa kini hanya melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun. Semoga memberikan keinsafan dan kesedaran kepada para remaja.



Wednesday 16 November 2011

Awak Pandang..Saya Terpegun. Awak senyum...Saya Tergamam




" Aduh!! nak 'buang air'la pulaaakk.." Mira, sebagai pelajar asrama Form 5 yang paling rajin buat study malam melihat rakannya,Amy(bukan nama sebenar) yang sudah lama tertidur di atas katil kesayangannya sambil memeluk 'teddy bear'daripada pemberian 'boyfriend'nya sendiri (opss!! kantoila pulak hehe)

" Emmm,jangan haraplaa ko nak bangun,kalau aku kejut guna trompet pun just terkulat-kulat jek pastu tido balik," Mira mengomel sendirian. "Macam mana ni eak?? Klo kejut Mia(bukan nama sebenar) pun dua kali lima jek,susah nak bangun apatah lagi Si Bedah(bukan nama sebenar) tu, tak gerak langsung." 

Mira terlihat Hamiza(bukan nama sebenar) di hujung katil sana yang sedang tidur lena diulit mimpi yang entah indah ataupun tidak hehe..Mira menggerakan kakinya yang sudah kebas disebabkan duduk di meja study terlalu lama. Tanpa befikir panjang, Mira menuju ke katil Hamiza tetapi hasratnya tiba-tiba terbatal setelah melihat adik 'junior'nya yang tidur lena. "Emmm, macam kesianla pulak. Tak jadiklah." Mira berpatah semula ke kawasan meja study nya.
"Alaaaa...nak 'buang air'laa.." Mira mengeluh. "Pergi sorang-sorang je lah. Aku takut ke tak takut ke pergi jelah. Asalkan sampai kat tandas." Mira membuat keputusan.

Kakinya berjalan pantas dari biliknya yang terletak di hujung aras ke hujung aras 3( tandasnya kat hujung aras. Jauhkan??)Mira merasakan masa begitu lama sangat untuk sampai ke tempat yang di tuju. "Apesal macam lama pulaaakk..." Sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju, dia mesti melalui satu bilik yang sememangnya kosong dan 'keras'. "Alamak!! Aku tak teringat ada dorm kosong!! Alaaa,lalu jelah..buat-buat tak nampak. Takkan nak patah balik pulak kot. Buang mase jek" Mira menundukkan kepalanya, langkahnya semakin pantas, dan akhirnyaaa..."Akhirnya sampai jugaaakkk!!! hahaha..nasib baik tak ada apa-apa..fuh!! selamat."

(Dalam beberapa minit kemudian) Mira menarik 'flush'. Dia keluar daripada tandas sambil membetulkan sedikit bajunya, dengan perasaan lega hehe..sambil tu dia pun memandang pintu tandas yang paling besar. Alangkah terkejutnya dia setelah melihat satu lembaga putih berbungkus setinggi pintu tandas sambil memandang betul-betul ke arahnya. Mukanya hitam tetapi pucat dan menampakkan gigi beserta darah menyelumuti muka serta seluruh badannya. Mira terpana seketika,tergamam malah tidak boleh berkata apa-apa. Dia menoleh ke arah lain dan memandang ke pintu besar tandas itu semula. Lembaga itu sudah tidak kelihatan.Lantas,dia keluar, melihat ke kiri dan kanan ,apalagiii, Mira lari sepantas yang boleh, "Harap-harap benda tu tak ikut aku" Nasib memang menyebelahinya.Cepat-cepat dia masuk dorm,kunci pintu terus tidur tanpa mematikan lampu(sebenarnya time tu dilarang sama sekali lampu bilik menyala selepas 11 malam sebab itu waktu tidur. Habis tuu,dah takut sangat nak buat macam mana...redha je laaa hehe)


Esok pagi Mira tak pergi kelas sebab demam,bukanya sehari dua tapi seminggu lebih. Ye laaa...cuba awak semua bayangkan nampak lembaga tu betul-betul depan mata,siapa yang tak takut??!! kalau aku, dah pengsan kat situ jugak agaknya, tak sempat nak lari keluar hahaha...Isyyy!! Ni cerita betul tau bukan main-main. Member aku yang kena sendiri.



Moral value: Kalau boleh, nak pergi tandas bawa geng ea, jangan geng awak semua terlebih satu pulaaakkk...!!! Lagi satu,pergila awal-awal, jangan pegi tengah malam,bahaya!! tapi kalau dah emergency, I don't know hahaha



Beberapa Perkara yang Perlu Kita Lakukan Sebelum Menjelangnya Peperiksaan


 
“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Saya tak habis ulangkaji lagi.. Habislah saya.. mesti tak dapat jawab. Gagallah saya nanti..”
 “Exam??!... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..” 
“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”
Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar. Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Saya juga amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban. Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari. 
“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” ( surah Al-Asr: 1-3)
Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja. 

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya: 

     1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan    subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi 

     2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti 

       3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca 

   4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani. 

     5. Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan. 

     6. Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi. 

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita. 

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran. Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. 

Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru. Jangan melukai hati mereka.Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri. 

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya. 

Usahlah resah dan gelisah, TETAPI bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah!! Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. 


BELAJAR MESTI RAJIN.....DOA JANGAN LUPA...BARU DAPAT JAWAB...
Kepada semua candidate SPM 2011 Semogat Berjaya Dalam Peperiksaan !!! :)



Tuesday 15 November 2011

Haiwan Peliharaan Yang boleh Tenangkan Fikiran



Assalamualaikum semua. Hang apa khabar? Heart sihat saja. Hari ni, Heart mahu kongsi pendapat mengenai haiwan peliharaan. Bagi saya, memelihara haiwan peliharaan adalah salah satu cara untuk menenangkan fikiran yang agak berserabut atau kita semua panggil STRESS. Kebanyakkannya, mereka memilih haiwan yang cute dan sesetengah orang memilih haiwan yang sedikit garang seperti harimau, ular, burung helang dan sebagainya.  Oleh itu, disini terdapat beberapa jenis haiwan yang sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Jom tengok? 


Slow Loris
Sekarang, haiwan ini semakin popular disebabkan sifat semulajadinya yang memang menarik perhatian semua orang. Haiwan ini semamangnya sssllloooow moootttiiioooon....kita pun boleh jadi slllloooow biiiilaaaaa tengoook menaaataaang niii beergeeeraaakkk... :D



Kucing
Haiwan ini sudah sememangnya famous sejak dari dulu lagi disebabkan kecomelan dan kenakalannya yang telah menambat hati semua orang. Lagi lagi gugurlz, "Owwh. So Cuuuuuteee.."  Boleh menghilangkan stress right? :)



Hermit Crab
Hermit Crab
Hermit Crab atau dengan bahasa melayunya Umang-Umang. Erk? Yer lah tu kot. Kalau stress, korang tengok je binatang ni jalan. Memang laju macam ketam. InsyaAllah korang akan tergelak sendiri. So, hilanglah stress anda.



Arnab
Cute Rabbits
Haa. Binatang ni memang comel. Bila saya tengok arnab ni automatik akan terbayang orang Jepun. Aik? Kenapa?haha Mungkin arnab ni ada mata yang kecik pastu bulu yang sangat putih dan gebu :) Lagi lagi tang hidungnya tu. Bila makan lobak pasti hidungnya akan bergerak laju.



Hamster
Korang mesti suka hamster,  right? Tengok. Hamster tu pun tenung korang. Hayok, tak tahu. Mak balik bawak kayu haha


Sebenarnya, memang ada banyak lagi jenis jenis haiwan yang boleh dipelihara dan boleh menghilangkan stress korang. Kebanyakkanya mereka memilih kucing tetapi bergantung juga kepada citarasa korang. Setiap orang mempuyai citarasa yang berlainan. Saya mungkin akan memilih anak harimau, bila dah besar terus hantar ke zoo. Suruh orang orang sana jaga :D Korang pula bagaimana? Apa haiwan peliharaan anda? Ceciter ceciter.



Sunday 13 November 2011

Tuto Photoshop : Mewarnakan Anak Mata



Assalamualaikum semua :) Hye korang. Hari ni cuaca sejuk saja. Tempat saya alhamdulillah hujan dari tengah hari sampai ke petang. Syukur, sejuk tanah nie. Baiklah lah. Macam biasa pada hari ini, Heart mahu tunjukkan satu tutorial. Kali ini tutorial yang dikatakan agak simple dan boleh dilakukan oleh semua orang. Cuma ada satu syarat. Kamu mestilah ada Adobe Photoshop, jika tidak bagaimana kamu nak lakukannya :D Saya menggunakan Photoshop CS5. Sebenarnya, tutorial nie boleh diaplikasikan dimana mana Photoshop samaada CS3 ataupun CS4 cuma CS5 nie berlainan sikit caranya dan ianya lebih mudah dilakukan.

Saya ingin mengubah warna anak mata Avril Lavigne nie dari warna biru kepada ungu. Bagaimana caranya? Jom kita mulakan :)

Macam biasa kamu open Photoshop > File > Open untuk mencari gambar yang nak di edit. Kemudian tekan Ctrl + J untuk mendapatkan Layer 1 (1) ataupun kita panggil Duplicate Layer > Polygonal Lasso Tool (2)



Kamu lakarkan sahaja dekat mata yang kamu nak edit. Jika nak buat lakaran itu lebih kemas dan mudah, tekan Ctrl ++ untuk zoom gambar tersebut. Nak kelihatan warna mata itu lebih real, kamu ubah nombor yang kat Feather tu kepada nombor 5 (anak panah merah). Semakin besar nilainya, semakin smooth warnanya.



Yang ini sama je nak ubah Feather, cuma caranya berlainan sikit. Klik Select > Modify > Feather. Kalau nak guna cara nie pun boleh. Ikut keselesaan kamu k.



Sekarang sudah tiba masanya nak ubah warna anak mata. Kamu klik Image > Adjustment > Hue/Saturation. Kamu adjust warna anak mata tu ikut kesukaan kamu. Dah siap klik OK.



Hah. Dah siap pun. Tekan Ctrl - - untuk kelihatan gambar kepada saiz asal. Sekarang nak save gambar nie. Sebelum tu, kamu kena buat Ctrl + D untuk menghilangkan lakaran putus putus yang kat anak mata tu supaya kamu boleh lihat hasilnya :) Kemudian, tekan Shift dan klik kedua dua layer (anak panah merah) secara serentak > Klik right mouse > Merge Layer. Automatik kedua dua layer akan bergabung.



File > Save kepada JPG or PNG



Done! :) Cantiknya mata dia haha. Ok la korang. Jangan lupa cuba taw. Sebenarnya senang saja stepnya jika kita faham dan selalu practise benda nie. Selamat mencuba!



Saturday 12 November 2011

Tuto Photoshop : Membesarkan Anak Mata


Selamat petang readers. Kamu apa khabar? Heart hari ini mahu tunjukkan satu tutorial mengenai Photoshop iaitu bagaimana caranya untuk comelkan lagi anak mata korang :) Tutorial ini sangat hot terutama sekali untuk gurlz di luar sana. Jangan risau. Tutorial ini sangat mudah dilakukan. Jom mulakan :)



Macam biasa buka Photoshop CS5 kamu. File > Open > Pilih gambar yang kamu nak edit. Saya memilih gambar baby cute. Tak apa. Selepas ni saya akan buat muka baby ni bertambah tambah cute k.



Klik Filter > Liquify



Automatik akan keluar tab baru. Klik Bloat Tool (1) > Brush Size (2) sebab nak tentukan saiz anak mata yang korang nak > Klik saja pada anak mata tersebut. Lagi banyak kamu klik lagi besar saiz anak mata tu mengembang.



Hah. Kan dah jadi :) So, apa lagi. Selamat mencuba!

Thursday 10 November 2011

Permulaan


Hari ni adalah hari yang begitu bersejarah untuk blog ni. Blog yang baru bermula untuk maju kedepan, membina masa hadapan yang harmoni, cemerlang, gemilang dan bla bla bla. Okeyh...ni short entry sahaja. Lagipun blog ni masih lagi dalam proses untuk penambah baikan. InsyaAllah satu hari nanti blog ini akan MALATOP! haha :P Okeyh...see you next time. Bubye.