Kategori Cerita
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Thursday, 1 December 2011
Saturday, 26 November 2011
Cara-Cara Lelaki Menguji Wanita
Selamat pagi semua :) Pada hari ini Heart ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana seorang lelaki menguji wanita kesayangannya samaada LULUS ataupun GAGAL baginya. Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina. Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya. Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1) Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
- Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
- Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.
2) Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
- Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
- Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
3) Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
- Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
- "Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?"
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
- Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
- Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Apa yang penting, kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain :) Jika kepercayaan dan kesetiaan itu tidak goyah maka perhubungan kamu akan sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan lancar. Ok lah sampai di sini sahaja post untuk hari ini. Lain hari saya akan buat post baru lagi. Bubye..
Labels:
Cinta
Saturday, 19 November 2011
Kisah Saya dan Awak
Assalamualaikum semua. Kamu semua apa khabar? Hari ini Heart sihat sahaja :) Maaflah sejak akhir-akhir ini Heart memang kurang buat tutorial Photoshop. Mungkin tak ada mood kot :P Mood pada hari ini adalah mengenai CINTA haha Tak tahulah sebab apa tetiba saya nak berkongsi cerita mengenai satu cerita ni. Memang sangat menarik dan sangat sangat sweet :) Nak tahu apa ceritanya? Mari kita baca dan hayati kisah ini..

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.
Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja.
Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.... :)
Labels:
Cinta

