Saturday 26 November 2011

Tidak Semestinya Apa yang Kita Inginkan Akan Tercapai



Assalamualaikum semua. Ada yang dah tidur ke? Janganlah tidur dulu..meyh baca saya punya entry dulu. Baru kamu boleh tidur :D Tak tahu kenapa tetiba saya tergerak hati ingin publish entry yang macam ni. Mungkin saya terlalu memikirkan tentang hal-hal yang berlaku sekarang. Ada diantara kamu yang bersedih hati di sebabkan gagal untuk mencapai apa yang diiginkan. Kamu janganlah bersedih. Sebenarnya ada hikmah disebaliknya .

Kadangkala apa yang kita inginkan itu tidak akan tercapai kerana Allah sudah mengatur segala-galanya :) Dan kadangkala kala kita akan dapat apa yang kita tidak jangkakan selama kita hidup ini. Biasalah, kita hanyalah merancang dan Allah sahaja yang menentukan. Oleh itu, kita tidak perlu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang kerana tidak mungkin seseorang itu boleh memenuhi apa yang kita harapkan. 

Oleh kerana itulah, kita dikehendaki untuk menaruh harapan kepada Allah yang maha Esa kerana hanya Dialah yang boleh memenuhi segala apa yang kita harapkan. Tetapi, janganlah ada sikap saling salah menyalahi apatah lagi terhadap tuhanmu sendiri. Itu adalah perbuatan yang salah. Fikirlah, renungilah. Segala perkara yang berlaku sudah semestinya ada hikmah. Allah mengatur segala-galanya dan hanya Allah yang mengetahui segala apa yang berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, apa yang kita tidak dapat memiliki itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.


Cuba kita renungkan, dan fikir secara positive dengan apa yang berlaku dalam kehidupan diri kamu sendiri. Sebenarnya, semuanya sudah disusun rapi :) Cuma, sudah pastinya dalam kehidupan tidak semestinya semuanya indah. Pasti ada liku-likunya. Itulah dinamakan UJIAN. Ujian ini bukan sekadar suka-suka tetapi ujian ini adalah unutk mengetahui bagaimana tahap keimanan dan kekuatan kamu untuk menghadapi segala ujian yang diberikan oleh-Nya. 

Dan beringatlah, Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu melebihi dari kemampuan diri kamu sendiri. Jangan mengeluh malah kita haruslah bersyukur kerana Allah masih menyayangi diri kamu :) Allah ingin menyelamatkanmu dan Dia memilihmu supaya kamu menjadi orang yang lebih baik  dengan meminta ampun daripadaNya dan sentiasa dekat kepadaNya. Jika kamu bersedih, menangislah dihadapan Allah (solat), berdoa...dan mengadu kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang...InsyaAllah sudah pasti jiwa kamu akan tenang. Percayalah :)


2 comments

27 November 2011 at 23:37

:') terharu bace nih...

2 December 2011 at 19:35

@DanierA Thnx sudi bace :)

Post a Comment