Thursday 1 December 2011

The Beauty of Words; Thursday #1


Sunday 27 November 2011

Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-jalan Ke Syurga




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Saturday 26 November 2011

Cara-Cara Lelaki Menguji Wanita



Selamat pagi semua :) Pada hari ini Heart ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana seorang lelaki menguji wanita kesayangannya samaada LULUS ataupun GAGAL baginya. Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.


Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina. Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya. Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1) Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

  • Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

  • Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2) Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
  • Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.


  • Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3) Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
  • Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.


  • "Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?"

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4) Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

  • Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.


  • Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


Apa yang penting, kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain :) Jika kepercayaan dan kesetiaan itu tidak goyah maka perhubungan kamu akan sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan lancar. Ok lah sampai di sini sahaja post untuk hari ini. Lain hari saya akan buat post baru lagi. Bubye..



Tidak Semestinya Apa yang Kita Inginkan Akan Tercapai



Assalamualaikum semua. Ada yang dah tidur ke? Janganlah tidur dulu..meyh baca saya punya entry dulu. Baru kamu boleh tidur :D Tak tahu kenapa tetiba saya tergerak hati ingin publish entry yang macam ni. Mungkin saya terlalu memikirkan tentang hal-hal yang berlaku sekarang. Ada diantara kamu yang bersedih hati di sebabkan gagal untuk mencapai apa yang diiginkan. Kamu janganlah bersedih. Sebenarnya ada hikmah disebaliknya .

Kadangkala apa yang kita inginkan itu tidak akan tercapai kerana Allah sudah mengatur segala-galanya :) Dan kadangkala kala kita akan dapat apa yang kita tidak jangkakan selama kita hidup ini. Biasalah, kita hanyalah merancang dan Allah sahaja yang menentukan. Oleh itu, kita tidak perlu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang kerana tidak mungkin seseorang itu boleh memenuhi apa yang kita harapkan. 

Oleh kerana itulah, kita dikehendaki untuk menaruh harapan kepada Allah yang maha Esa kerana hanya Dialah yang boleh memenuhi segala apa yang kita harapkan. Tetapi, janganlah ada sikap saling salah menyalahi apatah lagi terhadap tuhanmu sendiri. Itu adalah perbuatan yang salah. Fikirlah, renungilah. Segala perkara yang berlaku sudah semestinya ada hikmah. Allah mengatur segala-galanya dan hanya Allah yang mengetahui segala apa yang berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, apa yang kita tidak dapat memiliki itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.


Cuba kita renungkan, dan fikir secara positive dengan apa yang berlaku dalam kehidupan diri kamu sendiri. Sebenarnya, semuanya sudah disusun rapi :) Cuma, sudah pastinya dalam kehidupan tidak semestinya semuanya indah. Pasti ada liku-likunya. Itulah dinamakan UJIAN. Ujian ini bukan sekadar suka-suka tetapi ujian ini adalah unutk mengetahui bagaimana tahap keimanan dan kekuatan kamu untuk menghadapi segala ujian yang diberikan oleh-Nya. 

Dan beringatlah, Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu melebihi dari kemampuan diri kamu sendiri. Jangan mengeluh malah kita haruslah bersyukur kerana Allah masih menyayangi diri kamu :) Allah ingin menyelamatkanmu dan Dia memilihmu supaya kamu menjadi orang yang lebih baik  dengan meminta ampun daripadaNya dan sentiasa dekat kepadaNya. Jika kamu bersedih, menangislah dihadapan Allah (solat), berdoa...dan mengadu kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang...InsyaAllah sudah pasti jiwa kamu akan tenang. Percayalah :)


Wednesday 23 November 2011

Tuto Blog : Cara buat Mister Linky's


Assalamualaikum korang. Hohohoi. Kamu sihat tak? Kalau tidak sihat macam biasa makan ubat k. Tak mahu tangguh tangguh tapi kalau antibody dah kuat, tak apa, its ok tak kisah macam saya :P Padahal malas nak makan ubat. Banyakkan minum air mineral memang sudah cukup kan? hehe

Ok lah tanpa membuang masa mari kita pergi ke tutorial hari ini iaitu tutorial membuat Mister Linky's. "Apa itu Mister Linky's?" Mister Linky's itu adalah satu gadget dengan meletakkan link blog anda pada gadget tersebut supaya tuan punya blog lebih mudah untuk jejak rakan rakan blogger yang lain. Cara buatnya amatlah mudah.


STEP 1
Pergi ke link ini dan automatik akan keluar main page ini > Klik register selepas perkataan login yang kat atas sekali tuh.


STEP 2
Isi apa yang patut kat nombor (1) tu > klik register (2)


STEP 3
Pergi kat e-mel korang > Ambil code yang dia beri. Korang mesti ada dapat code tu. Korang copy dan paste sahaja dekat dalam kotak 'Code' > dah siap klik confirm.


STEP 4
Kemudian automatik akan keluar page ini. Jika tiada klik sahaja pada 'main' untuk login > Isi id dan password kamu > 'login'



STEP 5
Mesti tertera 'Login completed'. Dah ada kan? Kemudian klik sahaja 'wizard'


STEP 6
Korang klik sahaja dengan mengikut anak panah merah yang bernombor termasuklah dengan apa yang saya bulatkan tu.


STEP 7
Dah siap? Haaa...okeyh. Korang mesti akan dapat satu code. Oleh itu, korang dikehendaki copy dan paste di  HTML/Javascript. Tak tahu macam mana nak pasang benda nie? Okeyh...jangan risau. Korang pergi kat link ini k. 


Okeyh lah sampai di sini sahaja tutorial hari ini. Diharap tutorial ini dapat mendapat korang. Jumpa lagi dilain post. Bubye.








Tuto Blog : Cara pasang Mister Linkey's di dalam Blog



Assalamualaikum semua? Sudah makan ke belum? Huuurk alhamdulillah kenyang. Rugi kalau tak makan tengahari. Lagi lagi makan asam pedas ikan keli. Ummmph! memang meleleh air liur sampai ke lantai. Sedap woo :D 

Dalam pada masa yang sama, ada diantara korang nie mesti ada banyak persoalan macam mana nak mencantikkan blog. Apatah lagi mengenai Mister Linky's. Macam mana lah nak selesaikannya..hmm dah jangan mengeluh k. Hari ini Heart mahu tunjukkan bagaimana caranya untuk meletakkan Mister Linky's di dalam blog. Tetapi sebelum itu, adakah kamu sudah dapat code nya? Jika belum, kamu pergi ke link ini untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan code tersebut :) Sudah ada? Ok..jom mula tutorial.



STEP 1
Dashboard > Design > Page Elements



STEP 2
Add Gadget > HTML/Javascript > Paste code yang korang dah dapat tuh > Save. Korang boleh saja letak dimana mana samaada di footer blog ataupun di atas blog. Asalkan cantik dan sesuai right? :)



STEP 3
Dah cantik? Apalagi, korang klik Preview > Save



Alamak?! Nampak besar dan banyak sangat kah? Tak perlu risau..Kamu boleyh sahaja buat scroll box pada Mister Linkey's nie supaya lebih kemas dan mudah dilihat. Nak tahu caranya? Klik sahaja pada link ini :) Baiklah korang. Semoga tutorial ini boleh membantu kamu. Selamat mencuba..

Tuto Blog : Membuat Scroll Box dalam Entry


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kamu semua apa khabar? Dah lama Heart tak buat post baru. Entah mood nak updated blog tu tetiba lesap mungkin disebabkan terlalu excited menyambut kemenangan pasukan Harimau Muda kita Malaysia kerana berjaya menempah pingat emas dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan Sea di Indonesia kelmarin. Memamg sangat sangat mengujakan dan tahniah untuk mereka :D Saya tumpang gembira selepas mendengar berita itu hehe. Malam ini mereka berlawan dengan Syria untuk layak ke peringkat olimpik. Semoga berjaya! :)

Ok lah korang. Macam biasa pada hari ini saya mahu buat satu tutorial iaitu tutorial scroll box di dalam entry. Mudah sahaja. Korang dikehendaki ikut semua step ini k :) Jom mulakan.

STEP 1
Dashboard > New post



STEP 2
Edit HTML (1) > Paste code kat entry > Tukar teks yang ada pada code itu (2)

Ini code nya. Sila copy dan paste yer :)
<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto;
border-width:1px;border-color:000000;border-style:solid;">
Teks anda di sini
</div>

Width dengan height tu kalau korang nak ubah pun boleh juga. Ikut kesesuaian k. 1px border tu adalah ketebalan border scroll box. Makin besar nilainya makin teballah scroll box korang. color:000000 adalah warna border. Nak tukar warna pun boleh. Ada kat siniTeks anda di sini tu korang ubah lah ayat apa yang korang nak.




Hah! Kan dah jadi :) Apalagi. Cubalah, Semoga berjaya ^^

Saturday 19 November 2011

Kisah Saya dan Awak


Assalamualaikum semua. Kamu semua apa khabar? Hari ini Heart sihat sahaja :) Maaflah sejak akhir-akhir ini Heart memang kurang buat tutorial Photoshop. Mungkin tak ada mood kot :P Mood pada hari ini adalah mengenai CINTA haha Tak tahulah sebab apa tetiba saya nak berkongsi cerita mengenai satu cerita ni. Memang sangat menarik dan sangat sangat sweet :) Nak tahu apa ceritanya? Mari kita baca dan hayati kisah ini..


Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.


Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja.

Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.... :)